New Page 1

HOME
About Me
Tetikus
Kegunaan

msn.com

yahoo.com

google.com

myspace.com

enjoy!!!

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi tetingkap ( Window ) seperti Windows Microsoft, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.

Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-fungsi ini pula biasanya dikawal oleh sistem pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse, seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll. Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu: -

  1. Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa

  2. Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.

  3. Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.

  4. Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Tetikus mempunyai dua butang (button). Butang kiri dan butang kanan. Butang kiri digunakan untuk membuat pemilihan perisian/program dan untuk memberi perintah untuk sesuatu operasi. Butang kanan pula digunakan untuk beberapa menu pintas (shortcut menu).

 

Butang kiri tetikus digunakan seperti berikut:

(i)        Klik (Click Once)

            Klik butang kiri tetikus sekali. 

 

 (ii)       Dwi Klik (Double Click)

Klik butang kiri tetikus dua kali.                                                                                          

 

 (iii)      Memegang kuat-kuat (Hold down) - Memegang butang kiri tetikus tanpa

 dilepaskan segera.

 (iv)      Mengheret (Drag) - Pegang butang kiri tetikus tanpa dilepaskan. Perlahan-lahan penuding (pointer)

           dibawa ke tempat yang dikehendaki. Kemudian barulah butang boleh dilepaskan.


 

 

 

Copyright © 2005 ZUA Autoparts, Inc.
Copyright © 2006 Computer System, Mouse.
Last modified: 06/15/2006