CORDLESS MOUSE
Menggunakan cahaya infra merah yang dihalakan kepada pengesan yang
disambung kepada komputer. Tidak seperti tetikus lain, ia memerlukan
bekalan kuasa daripada bateri yang boleh dicas semula dengan alat
pengecas yang dipanggil cradle. Contoh : The Z-NIX CORDLESS SUPER MOUSE.
OPTICAL MICE
Tidak mempunyai bahagian yang boleh digerakkan bergantung kepada cahaya
lampu daripada “Light Emiting Diode (LED)” yang bertindak balas daripada
lapik tetikus yang bergaris-garis timbul.
OPTOMECHANICAL MOUSE
Merupakan tetikus yang paling ramai menggunakannya. Terdiri daripada 1
butang, 2 butang dan 3 butang. Ia menggunakan bebola yang berfungsi
untuk menggerakkan pengesan pemutar mekanikal seperti juga LED dan
“photosensor” untuk membaca dan mentafsir pergerakan data.
TRACKBALLS
Diilhamkan daripada lubang tetikus. Memaparkan bahagian bawah tetikus
apabila diterbalikkan. Pengguna hanya perlu menggerakkan permukaan tapak
tangan di atas bebola tersebut. Bebola seperti ini sangat berguna
apabila berada dalam kawasan yang terhad seperti berada di dalam kapal
terbang. Penggunaannya juga cepat dan mudah dibawa.
JENIS-JENIS TETIKUS BEBOLA BERWAYAR
Tetikus merupakan
peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau
cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di
atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis
tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri
fizikal dan keupayannya seperti:-
-
Tetikus bebola
dengan wayar.
-
Tetikus bebola
tanpa wayar.
-
Tetikus optik
dengan wayar.
-
Tetikus optik
tanpa wayar.
BEBOLA JEJAK & PAD SENTUH
Bebola Jejak (trackball) ialah peranti input yang menjalankan tugas yang
sama seperti tetikus. Prinsip operasi bebola jejak ini juga sama seperti
tetikus. Keadaan bebola jejak ini sama seperti tetikus apabila
diterbalikkan (upside down). Bola getah berada di bahagian atas bebola
jejak.
Pengguna perlu memusingkan dengan tangan bola getah yang sebesar bola
snuker (snooker). Penuding (pointer) akan digerakkan pada skrin monitor.
Biasanya bebola jejak akan di gunakan jika tiada ruang di atas meja
untuk menggunakan tetikus.
Dulu komputer notebook banyak menggunakan
bebola jejak tetapi sekarang kebanyakannya telah menggunakan pad sentuh
(touch pad) untuk mengerakkan penuding (pointer) pada skrin monitor.
Penuding akan bergerak mengikut bahagian pad sentuh (touch pad) yang
disentuh oleh anda.
Kebaikan tetikus
-
Tetikus
memudahkan pengendalian perisian tetingkap. Pengguna tidak lagi
perlu memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi.
-
Tetikus mudah
dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
-
Tetikus tahan
lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah. Hanya perlu di cuci
secara berkala.
-
Tetikus
memerlukan liang sambungan yang piawai.
Keburukan
tetikus
-
Tetikus
memerlukan ruang yang rata dan luas untuk digunakan.
-
Penggunaan
tetikus untuk waktu yang lama secara berpanjangan akan menimbulkan
tekanan kepada pergelangan tangan.
-
Tetikus berbola
perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang
lancar dan tidak tersekat-sekat.
Copyright © 2005 ZUA Autoparts, Inc.
Copyright © 2006 Computer System, Mouse.
Last modified: 06/15/2006
|